Selasa, 15 April 2008

LIBATKAN SEMUA DARI AWAL

Semua warga sekolah wajar dilibatkan bersama dalam penggubalan visi dan misi sekolah. Mereka seharusnya disedarkan terlebih dahulu tentang apa yang sedang berlaku di sekolah, masalah yang dihadapi oleh sekolah, kekuatan serta kekangan yang sedia ada. Selepas itu mereka bersama Pengetua memikirkanke mana sekolah hendak diarahkan atau dibawa. Apabila di setiap peringkat penggubalan visi dan misi itu sudah melibatkan semua pihak yang ada di sekolah, termasuk pelajar dan staf sokongan barulah wujud kesungguhan setiap pihak tanpa terkecuali seorang pununtuk bekerja keras mencapai objektif yang digariskan. Sebabnya setiap pihak merasakan bahawa visi yang diubal itu adalah visi mereka juga atau visi organisasi, bukannya visi dan misi peribadi pengetua atau beberapa orang penting di sekolah sahaja. Strategi ini juga memerlukan visi dan misi itudikomunikasi dengan kerap kepada semua ahli dalam organisasi itu. Visi yang digubal sekurang-kurangnya oleh wakil bagi setiap kumpulan di sekolah perlu ada satu batasan waktu perbincangan sebelum dimaktubkan. Ia perlu melalui peringkat perbahasan dan sepatutnya tidak ada pihak yang berasa tersinggung daripada dapatan yang diperoleh kerana kita hendak menjadikan visi itu dikongsi bersama.

http://www.perhatikan-aku.blogspot.com


di tulis oleh Aji achmad Mustofa

Tidak ada komentar: